83. Dan
mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. katakanlah:
"Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah Yang menerangkan) sedikit
tentang perihalnya":
84.
Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan
Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu Yang diperlukannya.
85. Lalu ia
menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).
86.
Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya
terbenam di sebuah matair Yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisiNya satu
kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya):
"Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada Engkau hendak menyeksa mereka atau
Engkau bertindak secara baik terhadap mereka".
87. Ia
berkata: "Adapun orang Yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka Kami
akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu
diazabkannya Dengan azab seksa Yang seburuk-buruknya.
88. Adapun
orang Yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan Yang
sebaik-baiknya; dan Kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah Kami Yang
tidak memberati".
89.
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan Yang lain.
90.
Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit
kepada suatu kaum Yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan
daripadanya.
91.
Demikianlah halnya; dan Sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan
Segala Yang ada padanya.
92.
Kemudian ia berpatah balik menurut jalan Yang lain.
93.
Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisiNya satu kaum
Yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.
94. Mereka
berkata: "Wahai Zulkarnain, Sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa
melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya Kami menentukan
sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) Dengan syarat Engkau
membina sebuah tembok di antara Kami Dengan mereka?"
95. Dia
menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) Yang Tuhanku jadikan daku
menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku Dengan
tenaga (kamu beramai-ramai) Aku akan bina antara kamu Dengan mereka sebuah
tembok penutup Yang kukuh.
96. Bawalah
kepadaKu ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas
tingginya menutup lapangan antara dua Gunung itu, ddia pun perintahkan mereka
membakarnya Dengan berkata: "Tiuplah Dengan alat-alat kamu" sehingga
apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia:
"Bawalah tembaga cair supaya Aku tuangkan atasnya".
97. Maka
mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.
98.
(setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku;
Dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu
hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".
99. Dan
Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara
satu Dengan Yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami
himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di padang Mahsyar.
100. Dan
Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, Dengan
pendedahan Yang jelas nyata;
101.
(Iaitu) orang-orang Yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda
Yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama
sekali.
102. Maka
Adakah orang-orang kafir menyangka Bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu
sebagai makhluk-makhluk Yang disembah, selain daripadaku, dapat menolong
mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka jahannam bagi orang-orang kafir
itu sebagai tempat tetamu.
103.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan
orang-orang Yang paling rugi amal-amal perbuatannya?
104.
(Iaitu) orang-orang Yang telah sia-sia amal usahanya Dalam kehidupan dunia ini,
sedang mereka menyangka Bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja
Yang mereka lakukan".
105.
Merekalah orang-orang Yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan
pertemuan dengannya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami
tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari
kiamat kelak.
106.
(Mereka Yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka
kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai
ejek-ejekan.
107.
Sesungguhnya orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka
Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).
108. Mereka
kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.
109.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta
untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu
sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, Walaupun Kami tambahi lagi Dengan lautan
Yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".
110.
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Aku hanyalah seorang manusia
seperti kamu, diwahyukan kepadaKu Bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang satu;
oleh itu, sesiapa Yang percaya dan berharap akan pertemuan Dengan Tuhannya,
hendaklah ia mengerjakan amal Yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan
sesiapapun Dalam ibadatnya kepada Tuhannya".
Monday, October 4, 2010